Kepada Muslimin dan Muslimat Yang Cintakan Islam dan Berpendidikan Tinggi

Assalamualaikum,

Saya selalu melihat, antara fenomena terkini yang sedang merebak sekarang adalah kecenderungan ramai di antara kita (orang-orang Islam terutamanya yang mempunyai ijazah pertama) untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Sarjana dan Kedoktoran). Ini merupakan perkembangan positif kerana sebelum ini orang-orang Melayu-Islam terutamanya, mudah berpuashati dengan apa yang ada dan sedang dinikmati dalam kehidupan mereka. Justeru, perkembangan ini bermakna semakin ramailah orang-orang Islam mempunyai ijazah lanjutan yang secara langsung juga bermakna ramai di antara kita mempunyai asas yang kukuh dalam aspek penyelidikan (research) dan kaedah penyelidikan, statistik dan jenis-jenis statistik yang sesuai dilakukan dalam satu-satu penyelidikan serta jenis-jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan dalam mengkaji sesuatu peristiwa atau kejadian. Ini bukan hanya terhad kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains sosial malah juga merangkumi mereka yang berusaha untuk berjaya dalam bidang sains tulen atau gunaan.

Hasil daripada fenomena ini maka ramailah antara kita orang-orang Melayu-Islam yang diberi rezeki oleh Allah untuk menjadi pensyarah sambilan sama ada di IPTA atau IPTS walaupun kita bukan merupakan pensyarah tetap di mana-mana universiti.

Oleh itu saya mencadangkan terutamanya bagi orang-orang yang berada di dalam gerakan Islam (wajib sebenarnya untuk memperjuangkan Islam), selalu berusrah, bertamrin, dan lain-lain agar dapat berkumpul di dalam satu wadah khas. Wadah ini dapatlah berfungsi untuk mengumpulkan semua bahan kajian yang ada, semua buku yang telah ditulis, semua jurnal yang pernah diterbitkan, semua kepakaran yang dimiliki oleh orang-orang yang cintakan Islam di dalam satu tempat. Hasil semua pakar dalam bidang masing-masing itu boleh diterbitkan dalam bentuk wacana ilmiah, artikel, buku dan lain-lain atau sekurang-kurangnya digunakan sebagai bahan ceramah dan boleh digunakan sebagai punca idea bagi para pemimpin gerakan Islam (Think Tank). Idea ini timbul di dalam fikiran saya memandangkan kebanyakkan yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan ini bukanlah daripada kalangan pensyarah universiti yang biasanya mempunyai badan atau persatuan yang mereka tubuhkan sendiri (tapi bercampur antara orang yang cintakan Islam dengan orang yang membenci Islam) ataupun daripada kalangan profesional seperti doktor, peguam, arkitek dll yang mempunyai badan profesional mereka sendiri.

Dalam zaman ledakan maklumat dan pengetahuan ini dan ketika Islam di serang oleh semua pihak sama ada daripada pihak yang jahil atau pihak yang merasakan mereka intelektual seperti golongan Islam Liberal dan Sisters in Islam yang berkubu di universiti-universiti serta mempunyai ijazah masters sekurang-kurangnya maka kita juga perlu menyediakan kelengkapan perang dan ilmu peperangan yang serupa sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al’Aadiyaat ayat 1 hingga 5.

Sekian, fikir-fikirkanlah.

Wassalam

Advertisements
Published in: on September 15, 2009 at 12:59 am  Tinggalkan Komen  
Tags: