Kembali Menulis

Assalamualaikum,
Saya kembali menulis setelah lebih 3 bulan menyepi diri. Tindakan menyepi diri kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan yang memerlukan saya keluar daripada rumah pada pukul 6.00 pagi dan kembali ke rumah pada pukul 8.00 malam setiap hari.

Di hujung minggu pula keletihan yang mencengkam akibat kesibukan pada hari-hari bekerja telah menyebabkan saya menjadi malas untuk berfikir dan melakukan aktiviti-aktiviti lain selain memberi tumpuan kepada keluarga.

Apabila kesikan tugas sedikit reda pada Januari 2010, saya mula mencari bahan dan menulis untuk “proposal” PhD. Ini juga memerlukan masa dan tumpuan tetapi sekarang diri ini telah mulai dapat mengadaptasi semua keadaan itu dan ingin menulis semula.

Semua kacau bilau yang terjadi dalam masyarakat kini memerlukan setiap dari kita umat Islam yang cintakan agamanya, agar dapat memberi sumbangan walaupun sekecil mana bagi kemajuan dan kesejahteraan ummah.
Jumpa lagi dalam masa terdekat.

Sekian, wassalam

Published in: on Februari 4, 2010 at 5:44 am  Tinggalkan Komen  

Kejahilan Yang Merata di Kalangan Melayu Islam (Bahagian 1)

Assalamualaikum,

Jika saudara berbual dengan masyarakat umum, cubalah bertanya hal-hal berkaitan dengan agama. Saudara tentu terkejut dengan pelbagai jawapan dan pendapat yang tak masuk akal malah ada di antara rakan perbualan  itu mengatakan saudara telah membawa ajaran baru atau ajaran sesat.  Antara kata-kata yang pernah terkeluar daripada mulut orang-orang biasa (yang tidak menyertai dan berbai’ah dengan mana-mana jamaah Islam) adalah seperti:

1.   “Duit bini aku adalah duit aku, duit aku pula adalah duit aku”. Kata-kata ini  tercetus bila penulis mengatakan susah nak bayar yuran masters sebab duit dah pergi ke lain. Si polan yang menuturkan kata-kata ini hairan penulis tak ambil duit isteri. Bila penulis menerangkan tak boleh ambil kecuali dengan izin isteri kerana dalam Islam suami yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri, penulis dilontarkan dengan kata-kata seperti di atas.

2.   “Ini ajaran baru ke?” Tercetus kata-kata ini bila penulis ingin bermusafir pada hari Jumaat. Individu yang melontarkan kata-kata ini tak puas hati bila penulis menerangkan jika bermusafir pada hari Jumaat, mengikut mazhab Syafie perlu didirikan solat jamak taqdim dan bukannya taakhir. Hanya jika bertolak sebelum subuh sahaja boleh dilakukan jamak pada waktu asar (melangkau solat Jumaat).

3.   Menghulurkan tangan untuk bersalam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim terutamanya pada majlis-majlis rasmi atau bukan rasmi.  Ini menyebabkan pihak yang menerima huluran salam tersebut merasa serba salah.  Ada pula yang begitu kuat beribadat dan menjaga adab-adab Islam semasa bulan Ramadhan terus melanggar segala pantang larang tersebut pada bulan Syawal dengan bergaul bebas dan bersalaman antara lelaki perempuan terutamanya antara ipar duai, sepupu sepipit dan entah apa lagi gelaran yang tidak termasuk dalam golongan yang haram bernikah dalam Islam. Golongan ini pandai-pandai melontarkan pandangan dan hukum sendiri dengan kata-kata seperti ‘alah, beraya, bukannya orang lain, adik beradik‘.  Ini semua menunjukkan pandangan yang penuh kejahilan tanpa bersandarkan dalil-dalil yang sah. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah tidak menyentuh tangan wanita yang ajnabi walaupun sewaktu berbai’ah. Aisyah berkata: ” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari) Jelas dalam urusan bai’ah yang amat penting kerana menyentuh hal pemerintahan negara apatah lagi hal-hal lain yang kurang penting.  Baginda juga tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan dan melarang sahabat-sahabat menjabat tangan wanita yang bukan muhrim mereka. Antara hadis-hadis yang menyentuh hal ini adalah seperti  sabda Rasulullah SAW,  “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i) Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” Jelas berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu tidak dibenarkan tetapi kejahilan orang-orang Melayulah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

4.   Melebihkan Hari Raya Aidil Fitri dan meninggalkan hari-hari terakhir Ramadhan.  Amatlah menyedihkan melihat orang Melayu berpusu-pusu ke pasaraya pada hari-hari terakhir dan malam-malam terakhir Ramadhan semata-mata bersiap untuk menyambut hari raya yang hanya sehari (1 Syawal) sahaja dengan meninggalkan peluang keemasan bonus Lailatul Qadar yang disediakan oleh Allah. Mengapa mereka tidak menyediakan keperluan hari raya sebelum menjelangnya Ramadhan.  Tambah sedih apabila masjid dan surau mulai kosong (kecuali masjid dan surau yang dipimpin dan dipenuhi oleh orang yang berjuang di dalam jamaah Islam). Saya mendapat aduan daripada seorang sahabat bahawa suraunya pada malam-malam terakhir Ramadhan hanya dihadiri oleh 6 orang jamaah lelaki sahaja. Sungguh malang nasib orang Melayu Islam kerana tidak bermazhab Syafie dalam hal Ramadhan dan Syawal sebaliknya menganut “Mazhab Melayu”.

BERSAMBUNG

Jangan Jadi Tidak Berilmu dan Bodoh Sombong Seperti Orang Ini

Jangan Jadi Tidak Berilmu dan Bodoh Sombong Seperti Orang Ini

Published in: on Oktober 13, 2009 at 6:18 am  Tinggalkan Komen  

Jemaah Masjid Al-Aqsa Berjaya Menghalang Pencerobohan Pelampau Yahudi

al_aqsa_mosque

Baitulmuqaddis (Ahad,27 Sept. 2009), Sekumpulan jemaah Islam berjaya menghalang rancangan jahat pihak pelampau Zionis bagi mengadakan upacara keagamaan Yahudi di kawasan Masjil Aqsa. Para Muslimin Palestin di tanah yang diduduki (Tebing Barat) sebelum itu telah mendapat berita mengenai rancangan pihak pelampau Zionis untuk mengadakan upacara tersebut daripada siaran-siaran yang lakukan oleh para pemimpin pejuang Islam Palestin. Hasilnya ratusan umat Islam Palestin telah berkumpul di Masjidil Aqsa bagi mempertahankan masjid tersebut.

Puak pelampau Zionis tersebut telah cuba mengadakan upacara keagamaan Yahudi dan berjaya melaungkan slogan-slogan yang menyeru agar Masjidil Aqsa diruntuhkan untuk digantikan dengan kuil Yahudi. Kesungguhan umat Islam Palestin berjaya menghalau mereka keluar walaupun kesemua Yahudi tersebut dilindungi oleh polis Israel.

Marah dengan tindakan para pejuang Islam tersebut, sekumpulan 70 orang polis Israel yang lengkap bersenjata telah menyerbu Masjidil Aqsa dan  memukul umat Islam dengan cota secara ganas,  menembak gas pemedih mata, peluru getah, malah gas beracun ke dalam kawasan masjid. Akibatnya seorang lelaki tua berumur 73 tahun yang dikenali sebagai Muhammed Joulani telah terkena peluru getah di matanya dan dilaporkan dalam keadaan amat kritikal sementara seorang pemuda Palestin berumur 22 tahun pula terkena tembakan di kepala dan mengalami kecederaan serius.

Imam Besar Masjidil Aqsa, Dr. Sheikh Ikrma Sabri menyeru umat Islam agar bersama-sama mempertahankan Masjidil Aqsa. Beliau menegaskan bahawa masjid ini bukan hanya hak orang Arab Palestin tetapi hak seluruh umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat untuk mempertahankannya.  Beliau juga menyeru seluruh umat Islam Palestin terus bertahan dan berkubu di Masjidil Aqsa dan menentang pencerobohan Zionis Yahudi ke atas masjid itu dengan apa cara sekalipun. ALLAHHUAKBAR!

Diterjemah secara bebas daripada http://www.islamonline.net

Abu Saifuddin: Kerana itu kita kena lakukan solat hajat sama ada berjamaah ataupun secara individu. Hantarkan doa                                  anda kepada saudara-saudara seaqidah di Palestin, teruskan memberi bantuan wang kepada HAMAS melalui pertubuhan-pertubuhan yang menyalurkan terus bantuan kepada HAMAS seperti Muslim Care,Yayasan Amal dll. Selain itu teruskan usaha anda untuk memboikot produk USA dan lain-lain yang mempunyai hubungan dengan Zionis. Ingatlah anda akan disoal di hadapan ALLAH RABBULJALIL tentang usaha untuk membantu saudara seaqidah. Janganlah sampai menganggap McDonald sebagai saudara dengan meninggalkan saudara Muslim yang sebenar.

Boikotlah Jika Anda Masih Ada Hati Nurani

Boikotlah Jika Anda Masih Ada Hati Nurani

33556011024453l

Published in: on September 28, 2009 at 4:12 am  Tinggalkan Komen  

Arak Perosak Akal, Menghancurkan Umat dan Negara

Assalamualaikum,

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. – Surah al-Ma”idah: 90

Baru-baru ini (hari raya ketiga) selepas selesai mengunjungi rumah kakak ipar di Baling, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk singgah di Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Betong, Thailand.  Apa yang mengejutkan bagi orang yang ‘bodoh’ seperti saya ini adalah terdapatnya bahagian jualan arak yang agak besar di kompleks ini.  Kebetulan terdapat empat orang pemuda yang berwajah dan berkulit Melayu memasuki bahagian arak sehingga menarik perhatian anak sulung saya, Ali Saifuddin. Saya yang berbaik sangka menyatakan keempat-empat pemuda itu orang Siam kerana wajah Siam mirip wajah Melayu, tambahan pula pada masa itu terdapat ramai orang Siam di dalam kompleks tersebut (berdasarkan bahasa pertuturan mereka).

Sangkaan baik saya ternyata meleset apabila jelas terdengar di telinga saya keempat-empat pemuda tersebut bertutur dalam Bahasa Melayu yang amat fasih dalam loghat utara sambil berbincang mengenai beg-beg yang ada dipamerkan dalam kompleks tersebut. Selesai perbincangan tersebut, salah seorang daripada pemuda tersebut membawa sebuah botol (yang saya amat yakin botol arak berdasarkan bentuknya selain di bawa keluar daripada bahagian jualan arak) ke kaunter untuk melakukan pembayaran.  lebih malang “cashier” di kaunter tempat berlangsungnya jualan arak tersebut adalah seorang gadis Melayu bertudung (yang sudah tentu beragama Islam). Maksudnya di sini pembeli arak tersebut adalah orang Melayu (mungkin beragama Islam) dan orang yang melakukan jualan juga adalah orang Melayu (beragama Islam kerana memakai tudung). Apa nak jadi ni! Hadis Rasulullah yang bermaksud,

”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”

Riwayat Anas



Saya teringat tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Al Hidayah, Ipoh pada malam 22 Ramadhan di Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh. Beliau yang sekampung dengan Kartika di Sungai Siput, Perak menceritakan bagaimana sejak kes tersebut heboh sudah tiga kali pihak Sisters In Islam (SIS) datang berjumpa Kartika bagi memujuknya merayu bagi membatalkan hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya. Kesungguhan SIS ini menghairankan keluarga Kathika terutamanya pakcik Sukharno iaitu ayah Karthika sendiri.  Bukan sahaja pihak SIS, malah pihak media antarabangsa seperti Al-Jazeera, BBC malah CNN daripada Australia turut hadir.  Menurut Ust. Zul, wartawan CNN tersebut merungut mengenai hukuman sebat tersebut kerana baginya orang minum arak tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana ianya hal peribadi.  Hanya apabila disanggah oleh Ust. Zul dengan menyatakan bahawa arak punca kepada pelbagai masalah di barat dan orang-orang Islam tidak mahu menanggung masalah yang sama barulah wartawan tersebut terdiam.

Sememangnya arak membawa pelbagai masalah di barat. Adakah kita ingin berada dalam masalah yang sama seperti mereka sedangkan kita telah mempunyai penyelesaiannya seperti yang boleh didapati di dalam Quran dan Sunnah. Fikirkan dan tanyalah iman.

Akhirnya, tinjauan yang dilakukan terhadap beberapa laman web yang berkempen bagi mengekang penggunaan alkohol di barat jelas memberikan data-data yang amat mengejutkan. Antara laman web tersebut adalahyang dikendalikan oleh pihak British Crime Survey 2007/08

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

sebuah lagi laman web yang beralamat di http://www.alcoholalert.com/drunk-driving-statistics.html memberikan data berikut:

2007 Drunk Driving Statistics

Alcohol related deaths in the US since 1982:

Total fatalities

Alcohol related fatalities

Year

Number

Number

Percent

1982

43,945

26,173

60

1983

42,589

24,635

58

1984

44,257

24,762

56

1985

43,825

23,167

53

1986

46,087

25,017

54

1987

46,390

24,094

52

1988

47,087

23,833

51

1989

45,582

22,424

49

1990

44,599

22,587

51

1991

41,508

20,159

49

1992

39,250

18,290

47

1993

40,150

17,908

45

1994

40,716

17,308

43

1995

41,817

17,732

42

1996

42,065

17,749

42

1997

42,013

16,711

40

1998

41,501

16,673

40

1999

41,717

16,572

40

2000

41,945

17,380

41

2001

42,196

17,400

41

2002

43,005

17,524

41

2003

42,643

17,013

40

2004

42,518

16,919

39

2005

43,443

16,885

39

2006

42,532

15,829

37

2007

41,059

15,387

37

Published in: on September 25, 2009 at 3:58 pm  Tinggalkan Komen  

Kepada Muslimin dan Muslimat Yang Cintakan Islam dan Berpendidikan Tinggi

Assalamualaikum,

Saya selalu melihat, antara fenomena terkini yang sedang merebak sekarang adalah kecenderungan ramai di antara kita (orang-orang Islam terutamanya yang mempunyai ijazah pertama) untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Sarjana dan Kedoktoran). Ini merupakan perkembangan positif kerana sebelum ini orang-orang Melayu-Islam terutamanya, mudah berpuashati dengan apa yang ada dan sedang dinikmati dalam kehidupan mereka. Justeru, perkembangan ini bermakna semakin ramailah orang-orang Islam mempunyai ijazah lanjutan yang secara langsung juga bermakna ramai di antara kita mempunyai asas yang kukuh dalam aspek penyelidikan (research) dan kaedah penyelidikan, statistik dan jenis-jenis statistik yang sesuai dilakukan dalam satu-satu penyelidikan serta jenis-jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan dalam mengkaji sesuatu peristiwa atau kejadian. Ini bukan hanya terhad kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains sosial malah juga merangkumi mereka yang berusaha untuk berjaya dalam bidang sains tulen atau gunaan.

Hasil daripada fenomena ini maka ramailah antara kita orang-orang Melayu-Islam yang diberi rezeki oleh Allah untuk menjadi pensyarah sambilan sama ada di IPTA atau IPTS walaupun kita bukan merupakan pensyarah tetap di mana-mana universiti.

Oleh itu saya mencadangkan terutamanya bagi orang-orang yang berada di dalam gerakan Islam (wajib sebenarnya untuk memperjuangkan Islam), selalu berusrah, bertamrin, dan lain-lain agar dapat berkumpul di dalam satu wadah khas. Wadah ini dapatlah berfungsi untuk mengumpulkan semua bahan kajian yang ada, semua buku yang telah ditulis, semua jurnal yang pernah diterbitkan, semua kepakaran yang dimiliki oleh orang-orang yang cintakan Islam di dalam satu tempat. Hasil semua pakar dalam bidang masing-masing itu boleh diterbitkan dalam bentuk wacana ilmiah, artikel, buku dan lain-lain atau sekurang-kurangnya digunakan sebagai bahan ceramah dan boleh digunakan sebagai punca idea bagi para pemimpin gerakan Islam (Think Tank). Idea ini timbul di dalam fikiran saya memandangkan kebanyakkan yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan ini bukanlah daripada kalangan pensyarah universiti yang biasanya mempunyai badan atau persatuan yang mereka tubuhkan sendiri (tapi bercampur antara orang yang cintakan Islam dengan orang yang membenci Islam) ataupun daripada kalangan profesional seperti doktor, peguam, arkitek dll yang mempunyai badan profesional mereka sendiri.

Dalam zaman ledakan maklumat dan pengetahuan ini dan ketika Islam di serang oleh semua pihak sama ada daripada pihak yang jahil atau pihak yang merasakan mereka intelektual seperti golongan Islam Liberal dan Sisters in Islam yang berkubu di universiti-universiti serta mempunyai ijazah masters sekurang-kurangnya maka kita juga perlu menyediakan kelengkapan perang dan ilmu peperangan yang serupa sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al’Aadiyaat ayat 1 hingga 5.

Sekian, fikir-fikirkanlah.

Wassalam

Published in: on September 15, 2009 at 12:59 am  Tinggalkan Komen  
Tags: