Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (Bahagian 2)

Kejayaan Tan Sri Ahmad Ibrahim Sebagai Seorang Pelajar dan Ahli Akademik

Allahyarham menerima pendidikan awal di Sekolah Victoria Bridge, Singapura dan menyambung pendidikan menengahnya di Raffles Institution, Singapura. Beliau menerima anugerah “Queen’s Scholarship” yang membolehkannya menyambung pelajaran di England.  Beliau diterima untukbelajar di St. John’s College, Cambridge dan di Middle Temple, London.  Semasa belajar di kedua-dua buah institusi pengajian tinggi ini beliau telah menerima pelbagai anugerah kerana kecemerlangannya dalam akademik. Antaranya seperti:

  • B.A. (London) 1935, Queen’s Scholar, 1935
  • B.A. (Cantab) 1939, 1st Class Economics Tripos I and 1st Class Law Tripos II, University of Cambridge
  • Exhibitioner and Scholar of St. John’s College, Cambridge
  • George Long Prize for Roman Law and McMahon Law Student, St. John’s College, Cambrige
  • Certificate of Honour, Bar Final Examination, Middle Temple, London 1941
  • M.A. (Cantab) 1962, Cambridge

Tan Sri Ahmad Ibrahim turut menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang (LL.D) daripada University of Singapore pada Jun 1965.

Oleh kerana kehebatan beliau dalam bidang undang-undang, ramai para sarjana undang-undang telah memberi gelaran “The Walking Encyclopedia” kepada beliau.  Gelaran ini dengan sendirinya dapat menceritakan betapa hebatnya penguasaan ilmu di dada Tan Sri Ahmad Ibrahim dan betapa hormatnya komuniti pengamal undang-undang terhadap beliau sehingga beliau dianggap sebagai pakar rujuk mereka.

Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Peristiwa Natrah

Natrah Bersembunyi Di Belakang Che Aminah, Enggan Dimurtadkan

Natrah Bersembunyi Di Belakang Che Aminah, Enggan Dimurtadkan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Tan Sri Ahmad Ibrahim merupakan orang yang terlibat secara langsung di dalam peristiwa Natrah yang berlaku pada Disember 1950. Beliau adalah peguam yang mewakili Che Aminah iaitu ibu angkat Natrah. Walaupun Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Sardon Jubir (Allahyarham Tun) sebagai barisan peguam Che Aminah dan Mansor Adabi telah berjaya dalam perbicaraan pertama, namun dalam perbicaraan kedua pada 20 Disember 2009, hakim memutuskan bahawa Natrah (Maria Hertogh) telah diserahkan kembali kepada kedua ibu bapa kandungnya di Belanda.

Natrah dan Mansor Adabi

Natrah dan Mansor Adabi

Keputusan hakim British ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam di Singapura dan Tanah Melayu. Mereka bangkit menentang keputusan tersebut dengan berarak di jalan-jalan raya. Rusuhan yang terjadi kerana ingin mempertahankan aqidah seorang gadis Muslim ini telah mengakibatkan seramai 18 orang syahid (InsyaAllah) sementara 173 orang yang lain cedera.  Para pemimpin yang membangkitkan semangat jihad umat Islam seperti Karim Ghani dan Dr. Burhanuddin al-Helmy yang merupakan presiden PAS telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). A.M.Majid yang telah mengeluarkan belanja untuk membiayai perbicaraan bagi mempertahankan aqidah  Natrah menjadi amat kecewa. Keputusan hakim yang mengadili perbicaraan Natrah jelas merupakan campurtangan mahkamah penjajah terhadap hal ehwal umat Islam. Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi dianggap tidak sah kerana pada masa itu Natrah hanya berusia 13 tahun sedangkan mengikut undang-undang British dan Belanda, perempuan hanya dibenarkan berkahwin pada usia 18 tahun. Akibatnya Natrah diperintahkan diceraikan daripada suaminya dan dibawa balik ke Belanda oleh ibu bapanya.

Rusuhan Bagi Mempertahan Aqidah Seorang Wanita Islam

Rusuhan Bagi Mempertahan Aqidah Seorang Wanita Islam

Orang yang paling kecewa dan paling terpukul dengan keputusan ini tentunya peguam Ahmad Ibrahim.  Pukulan yang amat berat dan kekecewaan yang besar ini menjadi suatu pendorong bagi beliau untuk berjuang sehingga ke akhir hayatnya bagi memartabatkan sistem perundangan syariah dan mahkamah syariah. Bagi beliau undang-undang Islam merupakan undang-undang yang paling baik kerana ia diturunkan oleh Allah yang  bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil. Hasil kesungguhan beliau itulah maka perkara 121(1A) telah digubal dan menjadi benteng dan perisai yang ampuh terhadap tangan-tangan jahat yang cuba meminta campurtangan mahkamah sivil terhadap keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seperti peristiwa Natrah.  (sila lihat surat menteri-menteri bukan Islam kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Surat berkenaan jelas meminta Perkara 121(1A) ini dikaji).  Pertubuhan seperti Sisters In Islam (SIS), yang sebenarnya Sisters In Satan, juga jelas berjuang bersungguh-sungguh agar undang-undang syariah dihapuskan (semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah).

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya terhadap roh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim dan menempatkan beliau dikalangan hamba-hambanya yang soleh. Jasa-jasa beliau dan sifatnya yang menggunakan ilmu untuk kebaikan umat Islam tidak dapat dibalas oleh manusia, hanya Allah yang dapat membalasnya. ALFATIHAH!

Wassalam.

Published in: on Oktober 8, 2009 at 6:42 am  Tinggalkan Komen  

Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (Bahagian 1)

Assalamualaikum wmt wbt,

Bismillah,  Alhamdulillah.

Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Tan Sri Ahmad Ibrahim merupakan contoh terbaik seorang individu yang menggunakan sepenuh ilmunya untuk penambahbaikan kehidupan umat Islam. Beliau yang berasal daripada keluarga yang kuat mengamalkan cara hidup Islam telah lahir di Singapura.  Ayahnya adalah seorang pengamal perubatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan Islam. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Singapura dan Universiti Cambridge

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan yang berkaitan dengan undang-undang di Singapura seperti majistret, Hakim Daerah, Pensyarah Undang-undang, Peguambela dan peguamcara, Ahli Majlis Perundangan, Peguam Negara, Duta ke UAE dan perunding utama dalam aspek undang-undang sewaktu Tanah Melayu dan Singapura hendak disatukan dalam Malaysia.

Allahyarham telah dilantik sebagai Profesor Pengajian Undang-undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya dari tahun 1969 hingga 1972, Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dari tahun 1972 hingga 1983, Profesor Emeritus Universiti Malaya pada tahun 1984 dan jawatan terakhirnyaadalah sebagai Shaikh dan Dekan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1983 hingga 1999.

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan 2 buah Sekolah Undang-undang terkemuka iaitu Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Minat beliau amat mendalam dalam pengajian perbandingan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah.  Minat dan cita-cita bagi mewujudkan pengajian dalam perbandingan antara 2 undang-undang ini tercapai melalui UIAM. Di UIAM. Allahyarham berpeluang luas untuk menggubal dan melaksanakan sebuah sistem pembelajaran yang berinteraksi antara undang-undang sivil dan syariah di Kulliyyah Undang-undang.  Hasil perjuangan beliau, sistem perundangan syariah telah diterima dan diiktiraf sebagai berperanan penting dalam sistem perundangan Malaysia.  Beliau juga cuba untuk menerapkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai  syariah dalam sistem undang-undang sivil Malaysia melalui pendekatan perbandingan.

Allahyarhamlah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai pembaharuan di dalam sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia dan Singapura. Jasa beliau yang paling besar dalam mengangkat dan menaiktaraf undang-undang syariah adalah penggubalan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal (1A). Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Melalui Fasal (1A) ini, bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu, telah ditetapkan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan.Ini bermakna, Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai 1, Jadual Kesembilan sementara Mahkamah Syariah pula adalah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Ahmad Ibrahim juga berusaha untuk menjadikan aplikasi undang-undang Islam lebih mudah.  Beliau pernah terlibat dengan pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan  negeri bagi mengubah dan menaiktaraf organisasi Mahkamah Syariah dan melakukan penambahbaikan kepada undang-undang syariah yang diperkenalkan semasa era penjajahan British.

Tan Sri Ahmad Ibrahim adalah seorang Muslim yang benar-benar mengikuti jejak para ulama Islam silam dari segi kepintaran dalam membahagikan masa. Beliau amat jarang berbual kosong dalam sesuatu mesyuarat tetapi hanya membincangkan hal-hal yang penting dan berkaitan sahaja. Beliau juga jarang membatalkan kuliahnya semata-mata untuk menghadiri mesyuarat kerana beliau amat berminat mengajar. Kejayaan beliau dalam hidup kerana kepatuhannya terhadap amalan Islam. Tan Sri Ahmad Ibrahim adalah seorang yang merendah diri, penyayang dan penyabar apabila berurusan dengan rakan sekerja dan para pelajarnya.  Beliau sentiasa berwuduk, yang menurutnya dapat menghindarinya daripada penyakit.  Beliau menganggap kerja yang dilakukannya adalah ibadah, sesuai dengan tuntutan Islam. Semua tanggungjawab yang dipikulkan ke bahunya dianggap sebagai amanah.

Sebelum beliau meninggal dunia, Tan Sri Ahmad Ibrahim sempat meninggalkan sebuah lagi khazanah ilmu buat umat Islam. Beliau berjaya menyiapkan bukunya yang terakhir berjudul ‘Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia’  beberapa hari sebelum meninggal dunia.

BERSAMBUNG

Bahagian kedua akan menyorot mengenai kejayaan-kejayaan beliau, sebab-sebab beliau berusaha bersungguh-sungguh memperkenalkan Perkara 121(1A), gelaran terhadap beliau yang diberi oleh para sarjana undang-undang dan peranan beliau dalam peristiwa Natrah pada tahun 1950.

SUMBER RUJUKAN:

Laman Web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di http://www.iium.edu.my

Laman Web Institut Kefahaman Islam Malaysia di http://www.ikim.gov.my/ahmadibrahim/index

Fatini Yaacob,  Perbicaraan kedua memisahkan Natrah, di http://www.mesra.net/forum/index.php

Published in: on Oktober 5, 2009 at 5:04 am  Tinggalkan Komen