KENAPA RASA SUDAH HEBAT!

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya perlu memohon maaf sekiranya tulisan saya kali ini agak keras dan tegas (bukan kasar).

Ada sahabat-sahabat dan rakan-rakan secara sinis bertanya, ‘mengapa blog saudara terlalu umum?’ ataupun, ‘siapa nak baca blog serius macam tu, tulis pasal ilmu dan orang-orang yang mencintai ilmu? Tulislah pasal politik, baru laku!”

JAWAPAN SAYA ADA DI BAWAH:

Saya pada mulanya ingin membiarkan semua soalan itu berlalu tanpa jawapan. Tetapi apabila melihatkan keadaan yang semakin gawat dalam masyarakat Melayu Islam, bukan hanya di kalangan orang-orang awam yang tidak pernah mengikuti tarbiyyah dalam jamaah Islam, yang hanya mengikut arus dan bersuara seperti burung kakatua yang tidak mengetahui apa yang dituturkan malah dan tetapi (sengaja saya gunakan kesalahan tatabahasa di sini), penyakit ini turut semakin menular di kalangan orang-orang yang sepatutnya mencintai Islam dengan sepenuh hati mereka.

APA PENYAKIT TERSEBUT?

JAWAPANNYA: Malas, cuai dan culas menuntut ilmu termasuklah di kalangan orang-orang yang berada di dalam gerakan Islam di Malaysia.

Apabila saya berbincang dengan orang-orang tertentu mengenai hal ini, saya di serang dengan kata-kata, “kenapa saudara asyik mengkritik sahabat-sahabat yang seusrah dan sejamaah dengan saudara?” Saya jawab dengan tegas, “sebab saya sayangkan jamaah saya yang ingin tertegaknya di Malaysia ini masyarakat yang bernaung di bawah kerajaan Islam yang adil dan bertunjangkan Allah, yang lain hanya berbentuk NGO, tak syumul, tak perlu ditegur. Kalau nak tegakkan Islam, lengkapkan diri, jangan culas menghadiri program usrah dan majlis-majlis ilmu sehingga diri menjadi jahil setaraf dengan orang-orang yang bencikan Islam!”

Sungguh menyedihkan melihat di dalam majlis-majlis ilmu, amat kurang sekali dihadiri oleh para pendokong perjuangan Islam walaupun tuan guru yang mengajar kuliah tersebut adalah guru-guru yang menjadi ahli ataupun cenderung kepada perjuangan Islam. Kalau nak kata sibuk sangat dengan perjuangan tak juga, banyak saya tengok melepak di kedai-kedai kopi ataupun asyik dengan penulisan blog dan facebook (sah, dah jadi pemuja Mark Zuckerberg yang merupakan pendokong kuat   Zionis). Jika ditanya, “kenapa tak pergi masjid tu, ada pengajian tadi?’ Selamba sahaja jawapannya, “ala, kuliah tu umum sangat, ana nak biarlah garang dan berterus terang sikit”. Ini kata-kata orang bodoh sombong (maaf, keras sikit)

Kerana tak mengajilah banyak perkara-perkara ganjil, karut dan dungu berlaku dalam jamaah sekarang. Tulis blog suruh Presiden letak jawatan, tulis blog hentam dan caci maki Presiden, tulis blog jadi penyambung lidah setan akhbar-akhbar arus perdana yang jelas di tulis oleh orang fasik, baru sekali kalah dah hentam presiden tapi masa menang diam, malah tak pula suruh presiden sebuah lagi parti (mantan tu!) yang ahli-ahlinya sanggup menjual perjuangan kerana upah dunia yang sedikit meletakkan jawatan sedangkan ahli-ahlinya berantakan sampai negeripun terjual. Inilah jadahnya kalau dada tak diisi dengan ilmu dan tarbiyyah yang mencukupi.

Kalau hebat sangat tuan-tuan sampai tak rasa perlu mengaji, saya syorkan pada setiap malam Jumaat, tuan-tuan tutup TV, jangan tengok cerita hantu dalam saluran-saluran TV yang ada, jangan lepak, hentikan tulis blog, jangan sembang kosong, nyahkan Facebook yang jadi ajen Israel tu dan buka radio IKIMfm, pukul 9.00 malam, dengar dengan teliti dan catat betul-betul kupasan mengenai kitab yang ditulis oleh Sheikh Daud Fathani. Perbahasan di dalam rancangan Pondok Warisan  ini adalah mengenai solat dan kupasannya amat teliti kerana ulama yang menulisnya pun amat teliti dan tinggi ilmunya. Kalau tuan/puan telah mendengar rancangan ini dan merasakan  kupasan tentang solat ini amat mudah dan semuanya telah anda tahu, saya angkat tabik spring, tapi kalau belum tahu banyak dan sembahyang saudara sebenarnya sebelum ini diragui sahnya, maka istighfar banyak-banyak, tuntut ilmu banyak-banyak. Sembahyang tiang agama, mengaji dan bergaul dengan orang berilmu serta membaca Quran dapat melembutkan hati wahai tuan/puan. Kalau masih tak selesai, macam mana nak berjuang berkobar-kobar, macam mana pertolongan Allah nak sampai. Hasilnya tuan/puanlah penyumbang kepada kekalahan jamaah, bukannya Presiden yang setiap malam bertahajud dan mengajarkan ilmu.

FIKIRKAN MELALUI IMAN

Advertisements
Published in: on Oktober 23, 2009 at 3:57 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://abusaifuddin.wordpress.com/2009/10/23/kenapa-rasa-sudah-hebat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: