Kejahilan Yang Merata Di Kalangan Melayu Islam (Bahagian 2)

Siapa nak booking buat menantu, MUSLIMAH CILIK BERTUDUNG.

Siapa nak booking buat menantu, MUSLIMAH CILIK BERTUDUNG.

5.   Perempuan-perempuan Islam, bertudung tapi tidak menutup aurat.  Ramai perempuan Islam pada masa kini memakai tudung. Satu perkembangan yang amat membanggakan. Namun ramai pula yang masih tidak memahami konsep menutup aurat dalam Islam sehingga tudung yang dipakai hanya sekadar menutup rambut tapi tidak menutup aurat. Ada perempuan Melayu (Muslimlah tu) yang memakai tudung, tapi memakai baju lengan pendek sehingga menampakkan sebahagian lengannya. Ini bukan menutup aurat.  Ada perempuan Melayu yang bertudung tapi memakai t-shirt ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan lekuk-lekuk yang sepatutnya dirahsiakan. Inipun bukannya menutup aurat.  Ada wanita Melayu bertudung tapi memakai kebaya (kononnya nak bergaya) ke pejabat malah bercerita bahawa kebaya tersebut baru ditempah semalam dan kainnya jenis yang mahal.  Ini bukan menutup aurat kerana kebaya jelas mengikut bentuk badan wanita tersebut. Malah berbagai-bagai lagi perbuatan wanita bertudung yang bercanggah dengan suruhan Allah dan RasulNya seperti bertudung tapi menyelak kain dan seluar sehingga menampakkan betis malah kadang-kadang peha, memakai tudung yang jarang sehingga menampakkan rambut dan bentuk rambut dan sanggul, memakai tudung tapi tidak memakai skaf di dalam sehingga menampakkan telinga dan rambut serta berbagai perbuatan lagi  yang jelas menggambarkan kejahilan orang bertudung yang terdiri daripada wanita Melayu Islam.

Wanita Bertudung Memang Comei!

Wanita Bertudung Memang Comei!

Konsep menutup aurat dalam Islam jelas berbeza daripada apa yang biasa difahami oleh masyarakat awam.

Mengenai aurat wanita , ayat 31 surah al-Nur yang telah disebut sebelum ini adalah jelas. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yag mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu bertudung” – al-Nur (24) “ Ayat 31.

Jangan buat sesuatu tanpa ilmu, ianya akan menjatuhkan maruah saudari.

Jangan buat sesuatu tanpa ilmu, ianya akan menjatuhkan maruah saudari.

Daripada segi batas-batas aurat wanita pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang mahu mengahwini mana-mana perempuan, dia hendaklah melihat muka dan dua tapak tangannya”. Selain itu, muka dan tapak tangan wanita wajib dibuka sewaktu berpakaian ihram. Ini menunjukkan kedua-dua anggota itu bukannya aura.Seorang ulamak besar, Al-Qurtubi menegaskan bahawa 2 anggota yang dibolehkan bagi seseorang perempuan membukanya ialah  muka dan dua tapak tangan. Kerana dua anggota itu sahajaah yang biasa nampak samada dalam kehidupan harian ataupun dalam ibadat, misalnya sembahyang dan haji. Kerana itu, pengecualian berkenaan sesuai merujuk kepada dua bahagian anggota itu.

Sebagai dalil kepada pandagan beliau itu, al-Qurtubi menyebut hadis riwayat Abu Daud, daripada ‘Aisyah r.a. bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan berpakaian nipis. Rasulullah s.a.w. berpaling daripadanya seraya bersabda :

“يا أسماء ان المرأة إذا بلغت المحيض لم بصلح أن يرى إلا هذا, وأشار إلى وجهه وكفيه”

Yang bermaksud :
“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda.

Ibn al-‘Arabi , juga membincangkan hal yang sama iaitu pandangan-pandangan para ulama zaman awal Islam seperti Ibn Mas’ud, Ibn Abbas dan sebagainya. Sepertimana juga al-Qurtubi, beliau mencapai satu kesimpulan bahawa aurat wanita itu ialah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Alasan yang dikemukan oleh beliau adalah sama.

Oleh itu,  para muslimah Islam yang berbangsa Melayu sedarlah, belajarlah sebelum anda melakukan sesuatu terutamanya dalam bab menutup aurat kerana ia melibatkan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

BERSAMBUNG

Advertisements
Published in: on Oktober 19, 2009 at 6:48 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://abusaifuddin.wordpress.com/2009/10/19/kejahilan-yang-merata-di-kalangan-melayu-islam-bahagian-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: