Kejahilan Yang Merata di Kalangan Melayu Islam (Bahagian 1)

Assalamualaikum,

Jika saudara berbual dengan masyarakat umum, cubalah bertanya hal-hal berkaitan dengan agama. Saudara tentu terkejut dengan pelbagai jawapan dan pendapat yang tak masuk akal malah ada di antara rakan perbualan  itu mengatakan saudara telah membawa ajaran baru atau ajaran sesat.  Antara kata-kata yang pernah terkeluar daripada mulut orang-orang biasa (yang tidak menyertai dan berbai’ah dengan mana-mana jamaah Islam) adalah seperti:

1.   “Duit bini aku adalah duit aku, duit aku pula adalah duit aku”. Kata-kata ini  tercetus bila penulis mengatakan susah nak bayar yuran masters sebab duit dah pergi ke lain. Si polan yang menuturkan kata-kata ini hairan penulis tak ambil duit isteri. Bila penulis menerangkan tak boleh ambil kecuali dengan izin isteri kerana dalam Islam suami yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri, penulis dilontarkan dengan kata-kata seperti di atas.

2.   “Ini ajaran baru ke?” Tercetus kata-kata ini bila penulis ingin bermusafir pada hari Jumaat. Individu yang melontarkan kata-kata ini tak puas hati bila penulis menerangkan jika bermusafir pada hari Jumaat, mengikut mazhab Syafie perlu didirikan solat jamak taqdim dan bukannya taakhir. Hanya jika bertolak sebelum subuh sahaja boleh dilakukan jamak pada waktu asar (melangkau solat Jumaat).

3.   Menghulurkan tangan untuk bersalam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim terutamanya pada majlis-majlis rasmi atau bukan rasmi.  Ini menyebabkan pihak yang menerima huluran salam tersebut merasa serba salah.  Ada pula yang begitu kuat beribadat dan menjaga adab-adab Islam semasa bulan Ramadhan terus melanggar segala pantang larang tersebut pada bulan Syawal dengan bergaul bebas dan bersalaman antara lelaki perempuan terutamanya antara ipar duai, sepupu sepipit dan entah apa lagi gelaran yang tidak termasuk dalam golongan yang haram bernikah dalam Islam. Golongan ini pandai-pandai melontarkan pandangan dan hukum sendiri dengan kata-kata seperti ‘alah, beraya, bukannya orang lain, adik beradik‘.  Ini semua menunjukkan pandangan yang penuh kejahilan tanpa bersandarkan dalil-dalil yang sah. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah tidak menyentuh tangan wanita yang ajnabi walaupun sewaktu berbai’ah. Aisyah berkata: ” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari) Jelas dalam urusan bai’ah yang amat penting kerana menyentuh hal pemerintahan negara apatah lagi hal-hal lain yang kurang penting.  Baginda juga tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan dan melarang sahabat-sahabat menjabat tangan wanita yang bukan muhrim mereka. Antara hadis-hadis yang menyentuh hal ini adalah seperti  sabda Rasulullah SAW,  “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i) Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” Jelas berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu tidak dibenarkan tetapi kejahilan orang-orang Melayulah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

4.   Melebihkan Hari Raya Aidil Fitri dan meninggalkan hari-hari terakhir Ramadhan.  Amatlah menyedihkan melihat orang Melayu berpusu-pusu ke pasaraya pada hari-hari terakhir dan malam-malam terakhir Ramadhan semata-mata bersiap untuk menyambut hari raya yang hanya sehari (1 Syawal) sahaja dengan meninggalkan peluang keemasan bonus Lailatul Qadar yang disediakan oleh Allah. Mengapa mereka tidak menyediakan keperluan hari raya sebelum menjelangnya Ramadhan.  Tambah sedih apabila masjid dan surau mulai kosong (kecuali masjid dan surau yang dipimpin dan dipenuhi oleh orang yang berjuang di dalam jamaah Islam). Saya mendapat aduan daripada seorang sahabat bahawa suraunya pada malam-malam terakhir Ramadhan hanya dihadiri oleh 6 orang jamaah lelaki sahaja. Sungguh malang nasib orang Melayu Islam kerana tidak bermazhab Syafie dalam hal Ramadhan dan Syawal sebaliknya menganut “Mazhab Melayu”.

BERSAMBUNG

Jangan Jadi Tidak Berilmu dan Bodoh Sombong Seperti Orang Ini

Jangan Jadi Tidak Berilmu dan Bodoh Sombong Seperti Orang Ini

Advertisements
Published in: on Oktober 13, 2009 at 6:18 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://abusaifuddin.wordpress.com/2009/10/13/kejahilan-yang-merata-di-kalangan-melayu-islam-bahagian-1/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: